Thursday, February 11, 2010

Animasi Molek^^

minggu ni ajar Flesh, agak seronok belajar, tapi tak mahir lagi~ kena kuat berlatih^^

Seronok belajar subjek Teknologi Maklumat^^


"Kalau tak pergi IT, rugi wooo........!!!" inilah antara kata-kata hati pelajar KMPh yang tertulis di forum e-learning KMPh...
Ada dalam kalangan pelajar memang khusyuk belajar Teknologi Maklumat sebab dapat belajar teknik-teknik mengguna komputer lagi dapat mengemas kini pengetahuan tentang info-info terbaru.
Antara pembelajaran yang ditawarkan oleh Unit IT KMPh adalah: Open Office, GIMP, KOMPOZER, 3-D Blender, Macromedia 8 dan lain-lain.
Prasarana makmal kmputer semakin cekap dan mudah diguna. Terdapat loker-loker untuk disimpan bag-bag pelajar. Selain itu, khidmat laman web di makmal komputer laju sekali selepas dibaik pulih. Pensyarah pula peramah lagi sabar orangnya untuk menyampaikan ilmu dengan berbagai cara seperti projector screen.
Unit IT cemerlang, pelajar terbilang~
Setuju tak?

Ceramah ICT dibatalkan~ =(


Ceramah ICT yang asalnya diadakan pada hari Sabtu, 6 Februari 2010 dibatalkan.
Ceramah ini yang asalnya memberi peluang kepada pelajar KMPh untuk belajar teknologi terbaru dalam bidang ICT dibatalkan. Pengumunan tersebut dibuat semasa kelas saya sedang membuat praktikal fizik dalam makmal fizik. Rakan-rakan sekelas saya menunjukkan muka yang hampa.
Walaubagaimanapun, kita harap Unit IT akan buat lagi ceramah dan kami amat menghargainya!!

Tukar Nama Ke?


Unit Sains Informatik dah tukar nama dah~
Saya tidak pasti akan tarikhnya yang sebenar. Tetapi setahu saya, pensyarah saya, Madame Nor Rohaizie Bt Nordin telahpun memberitahu saya bahawa nama unit tersebut telahpun ditukarkan kepada Unit Teknologi Maklumat.
Harap maklum.
Lain kali, kawan-kawan janganlah silap sebut lagi~

Jom GIMP!!!

Minggu lepas merupakan antara minggu yang paling dinikmati oleh pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Walaupun terdapat mereka yang sudah "terror"(mahir) dalam ICT, namun kebanyakkan masih menunggu-nunggu saat pensyarah di kolej mengumunkan pembelajaran menggunakan GIMP.
GIMP merupakan salah satu software yang agak menarik minat pelajar. Sebab kita akan berpeluang untuk belajar mengedit gambar-gambar supaya menjadikannya lebih cantik, menarik hati dan kreatif.
Wahai kawan-kawan, ingat lagi kata-kata dorongan KMPh? Madani, Kreatif, Progresif dan Harmoni??
Di bawah adalah antara gambar produk GIMP...=)

Minggu ICT, Unit Sains Informatik

Minggu ICT telah berlangsung pada 16-20 Februari 2009. Berbagai aktiviti berkaitan bidang ICT telah dijalankan. Diantaranya ialah pertandingan merekacipta banner/poster digital, membina model dan senibina komputer.

Objektif Minggu ICT pada tahun ini adalah untuk mencungkil kreativiti pelajar melalui pertandingan yang dilaksanakan dan memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari didalam bentuk aktiviti yang bersesuaian

Majlis penyampaian hadiah adalah ketika perhimpunan pelajar pada 30 Mac 2009 jam 9.00 malam di Dewan Mat Kilau.